Pada
zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah,
pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya
kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat
sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli
membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah
kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai
selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan
manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala
datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki
Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi
syafa'atnya.
Ternyata
Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan
qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada
seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia
adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia..
Tidak
banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak
suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan
hatinya.
Tidak
kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri
serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu
ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang
itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak
diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku
khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu?
Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Uwais
telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya
ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur
yang masih tersisa.
Bagi
menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing.
Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya
bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu
tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya
sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi
kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di
malam harinya.
Uwais
al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri
Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah
Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam
mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang
terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri
Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan
datangnya kebenaran.
Banyak
tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan
ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka
memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah
sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari
Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu
para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya
kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang
kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah.
Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa
yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan
ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah
kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan
Uwais.
Dia
segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai
bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari
berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat
untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya
dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah
beliau dengan dekat?"
Bukankah
dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak
sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam
menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya,
pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon
izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di
Madinah.
Sang
ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya.
Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah
wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah
engkau kembali pulang."
Dengan
rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan
keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar
dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah
siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah
yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan
yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang
curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang
hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan
dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini
dirinduinya.
Tibalah
Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W,
diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina
'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera
sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda
tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang
perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di
rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W
dari medan perang.
Bilakah
beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua
dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau
harus lekas pulang."
Atas
ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan
kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia
akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah
R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah
pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya
dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang
mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak
yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di
langit.
Mendengar
perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya
terpegun.
Menurut
sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera
pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia
tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah
S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni),
perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak
tangannya."
Sesudah
itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A
dan bersabda:
"Suatu
ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia
adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun
terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai
waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah
Umar R.A.
Suatu
ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni,
sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk
mencarinya bersama.
Sejak
itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya
tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara
kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi
sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan
kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.
Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota
Madinah.
Melihat
ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan
sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama
mereka.
Rombongan
itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka
di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui
Uwais al-Qarni.
Sesampainya
di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi
salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri
solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu
berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang
benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah
nama saudara?"
"Abdullah."
Jawab Uwais.
Mendengar
jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami
juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais
kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam
pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais
enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah
yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar
perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami
datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena
desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya,
berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah
itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada
Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak
dengan halus dengan berkata,
"Hamba
mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya,
biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah
kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun,
ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami
berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa
disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya,
hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan
menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki
yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami
memanggilnya.
Lelaki
itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami
melihat kejadian itu.
"Wahai
waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami
berseru lagi,
"Demi
Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki
itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa
yang terjadi?"
"Tidakkah
engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya
kami.
"Dekatkanlah
diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami
telah melakukannya."
"Keluarlah
kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami
pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami
lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu
kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu
orang itu berkata pada kami,
"Tidak
apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi
Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais
al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.
Kemudian
kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya
harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang
dikirim oleh orang Mesir."
"Jika
Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya
kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!"
Jawab kami.
Orang
itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais
al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami
menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami
membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada
satu pun yang tertinggal.
Beberapa
waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah.
Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang
berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk
dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian
juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada
orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju
ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh
Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika
aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan
jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda
pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh
Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais
al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian
Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi
hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal
datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang
fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak
dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ
selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.
Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka
saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni?
Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki
apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun,
ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya
manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah
sedemikian banyaknya."
Agaknya
mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus
jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa
Uwais al-Qarni.
"Dialah
Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."
0 komentar:
Posting Komentar